Pages

Tuesday 29 May 2018

Apa itu Scam ?? Cara SCAMMER selalu guna untuk menipu/memerangkap Mangsa



SCAM bermaksud penipuan .. SCAM ini penipuan atas talian dengan tujuan

  • Mengaburi mata, 
  • Menipu , 
  • Memperdaya , 
  • Menganiaya , 
  • Merampas , 
  • Merompak , 
  • Mencuri , 
  • Mangaut untung  ,
  •  Mengugut ,
  • Mempermainkan ,
  • Menjerat mangsa
  • Memerangkap 
  • Mengumpan 
  •  Sindiket , 
  • Ceti haram 



Assalamualaikum semua . Entry kali ni mungkin biasa je sebab aku pun ambil dari google jugak termasuk pengalaman peribadi . First of all , trick ni biasa dilakukan dan target diorang adalah pada mereka-mereka yang ...


  • Tak pernah kena tipu (first time),



  •  Seller yang Active iklankan produk

  • Budak-Budak Ipta , Budak Sekolah (baru belajar berniaga)

  • dan Sesiapa sahaja (tak mustahil)


Seperti yang korang tahu zaman sekarang teknologi memang melampaui batasan otak manusia , dan manusia dan akan buat apa sahja untuk kaut duit tak kisah apa cara sekalipun..

Sebab 4 golongan diatas rata-rata nya kurang pengetahuan(tak semua) dan senang lelap mata bila dijanjikan sebuah hadiah atau pun wang tunai yang banyak.

Dan diorang juga senang dapat maklumat peribadi mangsa dengan hanya kata kata yang disusun baik untuk memperdaya mangsa . Seperti (Akaun bank , Email , No tel butiran peribadi yang lain.)




1. No tel tak dikenali 

trick ni biasa bagi permulaan target mereka seperti Whatsapp , Message , Email. 
So ada kadang2 tu diorang call tapi broken la cakap melayu diorang ni . So pelik.

dan no biasanya No orang luar negara , korang tak  pena pun jumpa no tu .

kita call no tu tak boleh .tak nak angkat 





2.memberitahu anda memenangi Bla bla bla dari Bla bla bla.......(selalunya menang duit banyak , memang iphone , menang barang letrik")

kat sini dia dah kaburkan mata korang , korang pun mesti suka kan sebab menang hadiah

*kalau menang hadiah , biasanya akan CALL DIRECT dan cakap dia dari syarikat mana peraduan ape and nak jumpa nak bagi hadiah DEPAN-DEPAN.INGAT YE FACE TO FACE" kalau dia -whatsapp atau message- tu Sah -Sah la Scammer . Dia tak berani call punya scammer ni. Dan dia spin giler giler punya . ANTARANYA

  • Barang kena tahan kat kastam
  • Korang kena Bayar Wang pendahuluan
  • Korang kena bayar deposit
  • Korang kena bayar Insuran barang tersebut
  • Korang kena bayar kos penghantaran 
kalau dah nama CABUTAN BERTUAH , bagi free! korang takyah keluarkan satu Sen pun . Ramai yang terpedaya dengan cara ni. Dan bank in kat akaun Scammer tu. Scammer tu senyum je la.





3.Beli barang untuk Adik , Sedara , Abang ,KAkak yang tinggal di Bla bla Bla....

Ayat dia dah baik dah macam contoh:

"saya sekarang berada di Kanada , Saya ingin belikan barang untuk adik saya di Kuala Lumpur/Ukraine /Rusiia"

kalau macam ni dah nampak beno scammer nye. duduk tempat lain , nak hantar barang tempat lain?? ingat apa?? hadiah hari jadi nak suprise???..please la scammer bodoh

selalunya daripada mudah.my je sindiket ni dapat no tel kita







4.Mintak KOD TOPUP , KOD TAC , dan segala KOD yang ada kat phone korang tu.

trik ni trick bodoh . ala ala gores dan menang. sebenarnya no kad topup yang korang bagi 

tu la akan jadi modal dia buat MOdus Operandi untuk perangkap mangsa lain. ada 

sampai tu sampai 3x mintak suruh beli kad topup MAXIS , CElcom dan sebagainya .

beli kertas topup macam kat 7-Eleven tak boleh ke??? . mesti Scammer tu mengelak punya ,

 dia nak jugak dari kad gores Topap yang mak mak kita still guna lagi tu.

modus operandi biasanya Scammer gunakan Lazada , Shoppee , Zalora , MUDAH.my

(KOD TAC adalah kod RAHSIA.. INGAT YE RAHSIA!!!!! RAHSIA SULIT)

jangan bagi pada sesiapa pun . sebab once korang dah bagi kod TAC pada si SCAMMER tu , diorang boleh Hijack/ceroboh telefon korang dari jauh . selamba je la dia baca amik data peribadi korang kat phone tu.


contohnya korang simpan no akaun , no pin , password dalam fon . diorang senyum je amik

biasanya KOD TAC ni ada 6 Digit ... kalau korang dah bagi.. habislah korang...

dia akan gunakan no anda untuk perangkap orang lain pulak menggunakan Modus Operandi yang bermacam-macam. 

Ada sampai jadi kes polis , bila siasat Sim kad tu didaftarkan atas nama salah sorang 

Mangsa yang pernah scammer tipu. BAHAYA GUYS!!!


*BLOCK DAN DELETE JE WHATSAPP MACAM TU< JANGAN LAYAN*









5.Menyamar jadi Pegawai Kastam , Pegawai Bank , Egen Insurans dan sebagainya

Tricks ni RARE sikit sebab diorang dah makin berani , janji dapat duit dan tipu orang.
Antaranya:

i.Korang terlibat dalam Jual beli Saham 
II. Korang terlibat dalam Sindiket perbankan Bank Bla Bla Bla
iii. Nama Korang ada dalam kes Bank yang korang sendiri pun takde akaun bank tu.

"Contoh , Encik ada akaun maybank ye , encik harus bayar pendahuluan pada bank Public Bank" dan bLA bla Bla.................

cara yang call tu pulak kadang-kadang bunyi Mat Salleh , Bunyi orang Sabah , Bunyi endon pun ada , Bunyi Cina pelat pun ada .

kat sini ramai yang terpedaya sebab takut diugut bank, akaun kena BEKU ke ape . 

senang cite tanya bank yang dimaksudkan tu ada tak nama dan no  akaun orang tu kat 

bank yang dimaksudkan. 

"Contohnya korang call pihak maybank tanya nama Fattah Abdul no akaun 7654 8765 9999 ada tak kat bank yang scam ni cakap"

korang berani je , korang tak salah wat pe nak takut .

and please la , majoriti pegawai kerajaan malaysia ni melayu kot , takdenye cina , ada pun satu dua je . This Is malaysian!!

ada jugak melayu yang menyamar .. sebaliknya tanya nama dia , dan details dia , kalau 

dia tak bagi tu sah sah scammer!!! scammer tak nak dia diketahui.

biasanya trik ni dia tak nak MATIKAN CALL , sebab ada trik dia nak buat dengan suara 


mangsa tu HATI-HATI guys


*END CALL DAN BLOCK JE NO TU*

*jangan bagi no akaun . no IC korang"






6. scammer bagi link suruh daftar

dia kata kita menang bla bla bla ... untuk dapat hadiah klik link tu .. dah masuk link tu 

korang kena bagi no akaun bank korang . dan tengok tengok duit dah lesap .. 


diorang ni power , macam macam cara boleh buat . JANGAN KLIK LINK yang Scammer bagi. 


*BLOCK JE WHATSAPP MACAM TU*

Dan Macam - macam cara lain lagi diorang buat . Scammer ni bukan sorang dua . malahan ramai dan berkumpulan . Diorang memang licik , Polis pun tak terbatas nak tangkap diorang ni . 


Semoga kita bebas dari ancaman JENAYAH KOMERSIL , SINDIKET PENIPUAN ATAS TALIAN , 

SCAMMER dan hidup dengan lebih aman.



*coretan ni adalah atas pengalaman peribadi bolgger ini sendiri*



2 comments:

  1. saye de dpt sms ..memenangi RM 30 ribu..lepas tu dye suruh call nom tersebut..sye pn call..lepas tu dye ckp bla...bla...bla..lepas tu dye suruh sent no.akaun..lepas tu sye xfikir pjg terus bagi..lepas tu sye call dye balik ckp dh sent nom akaun..lepas tu dye suruh beli topup Rm 50 5keping..lepas tu sye terus ckp xde duit..lepas tu sye end call..so pe sye nk buat ye??sbb sye dh kasi nom.akaun sye..sye takut lh..nk buat report ke camne??just tnye pendapat..

    ReplyDelete
  2. Saya dapat call and whatsapp dari 0167191104. Dari manusia bernama Zairul. Cakap nak offer peluang jana pendapatan dari edu business. 2 minggu juga contact. Dia promote package2 dia. Mcm menarik. Dah nak bayar dlm RM4k dah. Sebab konon boleh dpt balik RM50k ROI. Lps tu siasat punya siasat sy detect dia ni scammer agak besar. Kerja gomen di UPM. Byk kenalan dia di higher up dlm government. Bahaya2.

    ReplyDelete