Pages

Tuesday 29 May 2018

Tips Membeli Iphone Secondhand . Apa nak kena buat? ^^

Assalamualaikum , oke lately ramai nak pakai Iphone , Sebab Apa??


  • nampak cam mewah, kaya , saing artis 
  • nampak gah dan cool 
  • nampak style dan trending 
  • Sistem tak macam fon lain , 

Tapi itu hanya lah mitos , hakikatnya hanya segelintir sahaja yang berfikiran  macam tu .


tak dinafikan Iphone memang bagus kualiti dari segi ciptaannya yang Exclusif dan gaya dari luar dan sistem operasinya .Dan Orang yang pakai Iphone ni bukan calang-calang orang kerana Tak dinafikan harga Iphone memang MAHAL dari smartphone  lain. 


Dan orang sanggup ikat perut kumpul duit gaji untuk mendapatkan sebuah telefon pintar Iphone , tak kesahlah saiz iphone tu paling rendah 16gb je janji Iphone . HOHOHO .


Iphone juga ada tarikannya tersendiri yang buatkan usernya tak nak beralih ke model ataupun brand lain *android la senang cite* . Iphone je 5,5s,6,6plus,6s,7,8,10 . Dari cip pemprosesanya yang jarang lagging hinggalah ke bodynya yang mewah.



Korang kena try sendiri la senang cerita ...


* recommended beli MY set * (Check kat Setting->general->about->model)



Oke disebabkan harga iphone tu agak mahal , ada orang sanggup beli set Refurbished Set 

dan Second hand .aku tanak cerita pasal refurbished sebab sume orang dah tahu 

refurbished set Smartphone  yang pernah rosak dan dibaiki balik , 

"ibarat mayat robot yang dihidupkan semula" hohoho..tapi masih ada komponen yang ori






So pada yang nak beli Iphone Secondhand ada beberapa korang kena ambil tahu sebab 

ramai terlepas pandang benda2 simple ni .. last2 waranty habis , kita yang menangis...


So check it Out ...



  1. Check Apple Id 
      Pastikan Apple id dan Icloud Iphone tu tiada id siapa-siapa . Kalau ada pastikan seller 

tu Sign Out Apple id Siap-Siap. Kalau Seller tu bagi alasan macam-macam , Blah je carik 

kedai lain , ini bagi memastikan korang tak terikat dengan apa apa kes atau jenayah yang 

owner asal atau pun pengguna sebelum Iphone tu terkena pada korang. INGAT!








    2. Drag Icon kesetiap penjuru skrin

     Korang touch skrin tu pastikan drag icon pusing kesetiap penjuru ketengah kakanan 

kebawah .  Ini bagi memastikan iphone korang tu skrin berfungsi dengan baik dan tak 

rosak . Responsive dengan baik . sensor yang masih baik untuk digunakan . kalau dia 

stuck kat tengah jalan tu means iphone tu pernah jatuh . kalau icon tu kuning-kuning kat 

setiap skrin , sah skrin fon tu pernah masuk air ."Mungkin Owner asal fon tu mandi 

swimming pool tak ingat dunia masuk fon tu . nauzubillah ."


    



    3. Check Thumbprint , FingerPrint , Touch Id 

     Pastikan Iphone yang korang beli tu langkah keselamatan nya masih baik , kerana 

Identiti Sebuah iphone terletak pada security dan menjadi kegilaannya adalah Touch id 

nya yang unik , kalau fail nak buat touch id , carik fon lain la .lepas tu kalau oke , jangan 

buat bodoh je , korang switch off dan try boleh tak baca touch id tu semula , kalau oke 

great performance .*thumbsup*







   4. Check Button On/OFF , Volume Up/Down  , Silent button di badan           iphone tu

      Check button Silent kat kiri iphone tu boleh tak turun naik dan tak melekat , kalau 

oke dia ada vibrate ye ! Check betul-betul . main-main sikit takut bawak balik rumah 

menyesal sebab button kedalam . hahahaha







     5. Check Speaker Iphone

        Make sure Bunyi nya masih oke dan tak pecah . ada tu bunyi "HISSS" buang je fon 

yang bunyi teruk macam tu hahahaha..pasang lagu Kuat-kuat . biar satu kedai dengar 

korang pasang lagu raya ke lagu k-pop ke . peduli apa kan . kita customer huhu.
      6.Check Line dengan masukkan Sim Kad nano korang tu

     
       masukkan sim kad korang tengok dia boleh baca tak . kalau tunggu lama 

"No service " tu jangan beli , sebab takut dia terikat dengan ansuran payment 

Telco owner asal fon tu , sia-sia je bayar tapi sim kad tak ley baca .melainkan 

kedai korang beli tu ceruk dalam hutan , takde line . (Itu Gila namanya 

kedai iphone dalam Hutan) haha  ada tu dia boleh baca hanya sim kad telco 

tu je.masakla korang haha. macam ni biasanya antena fon tu masalah.








    7. Check Sambungan WIFI .


      mintak je wifi kedai tu , alah mintak wifi je pun , kalau dia tak bagi . 

tumbuk je . haha oke gurau . korang pastikan yang iphone korang tu boleh 

connect wifi . kalau tak detect wifi tu hahaha masak lah korang tak boleh main 

whatsapp , instagram dah lepas tu . haha lepastu check appstore . pastikan 

keluar Appstore , kalau keluar Android tu . Campak je iphone tu kat kedai tu .. 

ape dah jual iphone clone !







     8Check Cas dan bateri

         Ini penting bagi memastikan Iphone yang korang beli tu takde masalah 

bateri . bebas dari penyakit bateri kembung . mintak cable cas dan 

sambungkan kat iphone korang tu . tunggu lama jap . kalau naik % maknanya 

bagus lagi bateri , tapi kalau sekejap je dah 10% , 25% . sah la tu kembung . 

biasa 2 minit baru naik 2%. Hati hati ye . Pastikan BODY iphone tu rapat 

dan tidak terjongket sana sini.








      9.Check Skru di bawah iphone


      Pastikan skru yang digunakan sama .. kalau lain tu sah la iphone tu rosak 

teruk sebelum ni . skru sebelah lain sebelah lain .. macam hampeh
      







      10.Goncang Iphone tu 

      *macam tak biasa main wechat shake*  pastikan tiada bunyi bende gerak-gerak 

bila goncang iphone tu . sebab komponen iphone yang bagus dipateri dengan 

kemas dan baik . kalau ada bunyi tu takyah beli , maknanya iphone tu dibaiki 

dengan cara cincai boncai sebelum ini.

     




     11. Check Imei Iphone tersebut di website dan di telco berhampiran  anda.

      Ini bagi memastikan korang selamat dan tidak terbeli iphone yang rosak , 

black list dari mangsa telco dan sebagainya.pegi je celcom ke maxis ke tanya 

ngan customer service tu.








      12. Cuba Record Video , cakap-cakap dan Call orang lain


        ini bagi memastikan microfon iphone tu masih oke dan berfungsi sebab 

tujuan utama telefon kita nak beli nak cakap ngan orang jauh kan?? bodoh 

la beli fon tapi tak ley cakap . macam orang bisu.K gurau









      13. Try amik gambar banyak-banyak kamera Depan dan Belakang

     Ini bagi memastikan Kamera iphone korang masih berfungsi , kamera 

iphone antara yang lawa *macam neelofa* dan sesuai untuk mereka yang kaki 

Instagram tu lol . 












       14. Ambil gambar guna Flash 


          Ini bagi memastikan korang punya iphone nak beli nanti flash 

berfungsi kalau tak ,nampak macam apa je iphone tapi flash rosak. kan. 

haha dan korang nak guna flash tu carik kucing hilang ke , main paranormal ke 

. haha k gurau.







     15. pastikan warranty dari kedai tu ada 


    Lepas korang dah oke buat step atas tu dah puas hati nak bayar dah , 

mintak resit  dan tanya warranty dari kedai tu . ingat itu iphone 

SECONDHAND. pernah ada tangan orang lain yang guna sebelum ni . so tak 

menjanjikan kesempurnaan seperti iphone set MY baru.

gambar contoh .



Sekian tips membeli iphone Secondhand yang boleh dikongsikan . semoga 

bermanfaat . Terima Kasih .


*kalau ayat kasar nya secondhand ni dah pernah kena tebuk.hahaha*


jadilah pengguna yang cerewet sedikit .. tak rugi pun sebab kita yang guna dan 

tanak menyesal di kemudian hari hohohoh


No comments:

Post a Comment