Pages

Monday 2 July 2018

Refurbished / Recondition / AP Set Iphone

Assalamualaikum , Selamat Pagi Malaysia Baharu haa dah dapat kerajaan baru haa, tapi bukan topik itu yang akan dibicarakan pagi ni .


ada diantara kita yang masih bingung lagi Patutke beli iphone Refurbished kat negara Malaysia yang aku duduk ni ? Original ke? Patutke habiskan duit untuk Iphone yang kemungkinan tinggi akan rosak balik?

Atau kau jenis tak kisah pakai Iphone refurbished ni , Asalkan boleh show off pakai Iphone yang nampak Gah , Mewah saing Artis tak setanding dengan pendapatan kau .



Pada nama nya sahaja Refurbished Iphone , maknanya Iphone yang dibaiki , dipek semula dan dijual dengan harga yang murah . malahan ada segelintir pelajar-pelajar pun ada yang sanggup habiskan duit PTPTn untuk mendapatkan set refurbished asalkan Iphone .


Refurbished ni dikira Secondhand jugak sebab orang pernah pakai dan guna kan....

Zaman Dahulu dipanggil AP Set (authorize provider) yang apa -apa masalah boleh refer balik ke kedai ataupun seller yang kau pergi jumpa tu .


Walau bagaimanapun set Iphone Refurbished ni mempunyai Fans nya yang tersendiri sebagai contoh golongan yang kewangan tidak mencukupi tetapi ingin merasai pengalaman memakai Iphone.

Iphone Refurbirshed ni juga masih dikira dianggap ORIGINAL , sebab asalkan dia keluar Apps Store dan bukan google play itu tetap dikira best .

Pada awal penggunaanya memang best , terutama pada orang yang First Time pakai Iphone , tapi lama kelamaan dia mula akan menunjukkan tanda-tanda dia akan rosak balik.


Kesimpulannya - 


Original Iphone  VS Refurbished Iphone 

Macam kau beli kereta Honda , tiba-tiba nak servis ada minyak hitam daripada Pusat Service Honda dengan minyak hitam kedai kereta biasa . Mana kau prefer ? Kalau kau pergi pusat service honda , konfirm la dia bagi yang bagus punya sebab memang ciptaan kilang . kalau kau pergi kedai biasa , ye dia bagi minyak hitam biasa , still boleh guna still boleh jalan kereta tu , tapi kualiti kurang berbanding pusat service honda tadi.

Sama macam Iphone Original (MY set) . Harga memang mahal ,  original , puas hati , kilang iktiraf , puas hati seperti Machines , Switch , macbook .

Refurbished Iphone , Motherboard Original tapi komponen lain semua bahan yang bukan kilang , komponen yang biasa-biasa asalkan iphone itu hidup semula dan dipek dan dijual semula seperti baru .Harga Murah sedikit







1)LCD problem 

2)Touch ID Problem / Thumbprint not working 

3) Crack On body

4) Battery draining like "hell"









No comments:

Post a Comment