Pages

Monday 2 November 2015

iphone 6 Klon!!!!!..klon?.kau beli kau bodoh...

haa assalamualaikum , hahaha dah setahun aku tak update blog usang aku ni busy je memanjang biasalah budak nak dapat pointer 3.5 keatas kan . haha tu yang sampai lupa nak update blog tu .. oke cerita panjang pun tak guna , aku pun dah 2 tahun kat psis tu haa lagi setahun setengah graduation la aku boleh kumpul duit nak kahwin. what? kahwin? hahahaha lambat lagi .. oke aku ni kalau sekali dh bukak blog x sah kalau x pokpek pokpek hahaha luaran je nampak pendiam . who cares isnt?
oke


oke baru ni aku ada lah ternampak kat insta ye la zaman iphone2 ni kan , aku pun tah macam mana tah tersangkut kat satu instashop ni kan , tawar harga murah ya amat , korang bayangkan lah iphone yang kat luar tu beribu2 tu kan tiba2 dia jual rm700 rm 760 , aku pun pelik la , yela pelik kan asal la murah sangat kan . aku pun amik la no tipon owner instashop tu kan. yela aku ni lepas je spm aku suka  shopping barang online lagi2 kat mudah.my ngan instagram ni , yela orang kata jimat la takde cas itu ini la gst bagai hahahaha

so urusan pun terjadi , aku pun 1st time nak beli gadget ni, selalu bnde lain yg aku beli online . so aku dapat barang ni pada 1 oktober 2015. akak tu pun deal baik punya ya la peniaga nak lkukan barang mestilah puji setinggi langit la barang die perfect tak rosak . aku pun mula2 was2 , tp aku teruskan lah jugak kan semata2 nak ikut era masa kini yang 2015 ni zaman Iphone 6 , x main la android2 ni android tuk budak2 xde kelas je. tp tu sangkaan aku masa sebelum nakbeli tu , dah mula terbayang2

kan lah aku pakai iphone 6 mestilah orang akan label aku anak org kaya kan?? korang pun perasan bile pakai iphone orang melayu kita akan bukak mata seluas2 nya. mesti punya kat sekolah kat tempat kerja ke ape ke en. tayah bohong , ini kerana harga iphone original jauh lebih mahal daripada sebiji laptop rm2k lebih lagi2 warna nye yang seksi tu emas , silver , ngan putih mmg orang tertentu je la boleh pakai iphone ni , memang kualiti setanding harga la kan , so kalau setakat kau belajar lagi duit un takde better kau pakai je la android hahahaha hari pun berlalu  poslaju pun sampai rumah hahaha. akak tu kata iphone 6 ni MADE IN KOREA, KOREA ye!!! bukan made in CHINA


aku yang blur ni pun pikir lah korea negara maju hasil samsung yang die buat bukan calang2 kan.. semua org akan ingat buatan korea sebab korea sekarang negara membangun nak setanding teknologi jepun . aku tak nafikan . hahaha sekali FUCK FUCK FUCK aku kena tipu  haha korea ade ke buat iphone klon?? korang sendiri tahu kan negara yang popular buat barang tiruan ialah negara China kan.  so kalau owner instashop cakap made in korea jangan percaya!!!!!! kalau ye pun korea ianya sorang dua je engineer mobile dari korea tu pun dah dibayar utk buat fake one.tu pun engineer tak abes sekolah dia panggil hahahaa. Please ea kawan2 beli lah IPHONE 6 yang original biar mahal asal kita puas hati bila guna . aku kesian sebab ramai MELAYU ramai yang kena tipu , dengar melayu! jangan kena tipu , jangan ikut kata hati emosi , jangan beli gadget klon!!! , aaku pun sedih zaman sekarang ni melayu yang tipu sesama melayu hanya kerana duit. bagi manusia sekarang CASH IS KING aku tanak sebut la siapa nama pemimpin yang dasarnya cash is king tak abes2....



awal2 on pun dah berderet notification china. so takde bukti yang korea2 nye.. menipu je la made in korea penipu! penipu! sume instashop sume sama kelentong customer je kerje


intro dia memang sebijik macam ori , korang pun takkan detect ianya ori ke klon tapi bila kau bukak , logo apple belakang tu akan panas , panas suam la takde la panas melegak lol.



kotak dia pun macam ori jugak memang power betul la cina yang buat klon ni kan hahaha serius terer


aku beli warna emas sebab emas yang buat aku menggoda...shit



ni yela system ye la kan haha nak acah2 hot sbab dah pakai iphone haha padahal fake iphone lahanat ya amat


kali kedua check touch tak berfungsi , ni kat gambar atas ni aku dah tekan lebih 5x , tak masuk2 jugak setting aku pun off balik then start balik mcm org kampung buat haha tp success but blkg fon tu panas . lagi panas dr sony xperia z aku mcam ori kan menu dia, memang kalau budak2 noob nak pinjam iphone tu memang kering2 kena kencing yang ini fon ori hahaha



 interface dia yup sebijik macam ios 8 . tp ianya hanya lah android , android dapat copy kat semua jenis phone tapi ios 8 hanya ada kat iphone original yang harga riban2 tu sebab apple jaga kualiti dia. sorry la kalau nak tiru kan haha aku berpihak pada apple


see the keyboard dal lagging lepas tu semua cchina je kat keypad dia atas tu ,memang seriuosly annoying kau akan selalu typo bila guna iphone klon ni sebab iphone klon ni bodoh dia pun tak tahu ape yang dia taip , kadang2 tu terkeluar kat menu utama dengan sendirinya..dal dengan SIM kad NANO yang tak detect2 ,memang satu kerja aku nak pergi kedai ketip sim , pastu gi center pulak mintak sim kad baru no sama. last2 aq pakai micro sim balik guna android balik , memang semua iphone klon ni sama je , Superking la ape king la king kong kepala otak ko!


haa ni jela game ke apps yang korang akan jumpa , tayah berangan la nak macam ios tu ios memang banyak apps tapi klon ni ni je die sediakan , biasalah kalau dah nama klon ianya takkan sesakali dengan ori . kau nak download whatsapp pun berejam nak tunggu sebab dia asyik2 lost connecting padahal wifi kau 24 jam pasang kat rumah fon lain elok je connected, dasar  iphone klon bangang. fingerprint dia semua jari boleh masuk so tayah berangan nak action ala2 ori , orang boleh stalker file dalam fon kau tu .
bateri dia tayah cakap la , pukul 8 cas full pukul 11 dah habes dah seriously..aku rasa nak baling je fon klon ni..



ni belakang yang sering kali panas tu , mcam ori kan? hahaha tapi kau silap kalau kau tengok kat insta tu gambar2 iphone 6 yang cantik tu kau jangan terpedaya,ianya klon sememangnya klon sticker je logo apple tu , kalau kau main2 selalu kat logo tu tertanggal la logo tu , tu tampal je tak setanding yang ori... takkan sesekali setanding ori kamera pun bila panas sngat belakang tu kau klik ikon kamera pun hitam je. and dia akan lagi lagging tak boleh sentuh mana2 ikon bila bukak lebih dari satu tab . memang aku menyumpah gile2 la pakai iphone klon , memang mana2 klon pun sama je , nama pun klon...

selalunya bila kau beli peniaga bangsat ni akan cakap ram 2GB (padahal 256mb je entah2 kb ) nak lakukan barang kan. bdan macam ori  pakai accesories ori la, ada warranty setahun , fuck!! aku yakin lepas barang dah sampai seller akan lepas tangan dan takkan kesah pasal kau lagi , kau wasap la banyak kali pun , sebab aku dah terkena , masa ayat punyalah baik , cakap ada warranty software la , boleh claim duit blik , pulangan duit balik la, pulang barang balik la.. semuanya itu PENIPU!!!

dia akan pergi untuk pengruh customer lain pulak , dan biasanya orang melayu yang akan tepedaya dengan kata2 dia . aku memang dah hilang sabar dengan instashop yang aku beli ni, lepas dari ini , korang block je mana2 instashop yang tawarkan handphone klon murah2 ni.BLOCK ok! aku taknak orang lain kena tipu lagi. aku kesian bangsa aku bangsa melayu yang ditipu oleh melayu itu sendiri. kalau ye pun nak pakai iphone , kumpul duit , berlapar dahaga sikit janji beli yang original, INGAT YANG ORI !!ORI!!! beli yang ada kedai , toksah percaya yang online2 ni terutama gadget ni. kalau tudung ke ,barang lain tu dipersilakan lah. tapi gadget jangan beli online. 


berbuih mulut aku cakap kat sini , kalau korang terus beli gadget klon jugak aku tak tau lah. korang ikut kata iman , jangan ikut kata nafsu hanya utk nak bergaya punya pasal , ingat lah tak mati pun tak pakai IPHONE, android lain pun masih boleh digunakan , harga pun lebih murah , janji ada fon , cuba bayangkan kita kat tempat orang2 susah, handphone pun tak mampu nak beli , bersyukur lah ape yang ada.. tapi aku tak salahkan pengguna iphone , aku sendiri minat iphone sebab rekaan dia cantik, kamera cantik, ape semua cntik, tapi yang ORI la... 

tak payah nak berlagak hot sangat , tak kemana pun kalau kau hot kat dunia ni, berpijak pada bumi yang nyata, kalau ada kemampuan tu beli lah iphone yang ori nak merasa skali skala,kalau yang tak berkemampuan tu tapi nak berlagak action orang kaya pastu beli yang klon punya pulak , memang kau tolol lah senang kata...

akhir kata aku minta maaf atas kata2 aku yang atas2 tu sebab aku memang dah hilang sabar dengan seller instashop satu ni , lepas je kau whatsapp dia yang barang dah sampai , dia balas oke dan lepas tu kau whhatsapp cakap masalah itu ini , dia takkan layan, duit kau dah terbang , dia makin buas menipu customer . menipu melayu kat luar sana. 

fikir kesan masa panjang. jangan fikir ikut ego dan emosi , kelak merana , nasi dah menjadi bubur, duit dah terbakar dek gadget klon yang ass tu. your money your rules. sebelum beli iphone klon tu baca ayat kursi dulu , supaya setan yang menghasut tu pergi jauh2.. kerja la dulu , kumpul duit pastu kau nak beli iphone ori , silakan lah , jgn beli klon.


kau beli iphone klon memang kau bodoh la..

bawah ni aku sertakan insta owner tu agar korang tak ditipu ingat , jumpa je insta gadget2 klon ni , block je tau!! ingat pesan aku



haha iphone made in china ..welk!!, haramkan duit aku bayar tu, biar merangkak carik kat padang mahsyar









 

No comments:

Post a Comment